August 12th, 2009

Erm..kejap tul masa berlalu kan?Makcik pun dah nak hampir sebulan bercuti ni…minggu depan genap le sebulan si Arissa tu…

Apabila bercerita tentang amalan berpantang dengan warga emas, makcik pun bagitau la tak lama lagi nak puasa InsyaAllah makcik sempat menunaikan puasa sulung itu nanti dan InsyaAllah berkat menyusu badan period takkan datang dan dapatla makcik puasa penuh, lalu wargaemas ini terus bertanya “eh dalam pantang boleh ke puasa?belum habis 44 hari lagi, tambahan pula menyusu badan..sian budak…susu tak sedap nanti”

Erm…rata-rata orang-orang zaman dulu kurang informasi berkenaan agama, takla semua, adala segelintir, kalau mereka berpantang dulu, 44 ari tu la mereka hanya menjaga badan, berdiang atas api, menjaga makan…solat, puasa?tak buat…malahan mandi wiladah pun mereka baru dengar kali ni.

beruntung kita hidup di zaman teknologi serba canggih, apa sahaja kemusykilan agama bole saje kita surf ,janji source kita tu dari source yg betul dan lengkap dengan nas nas tertentu.

Sebenarnye bagi makcik.pantang 44 ari tu tetap la berpantang tapi nifas kita tu bukan la sepanjang 44 hari tu kan?ada org 2 minggu dah habis dah, ada yang 3 minggu, bersih saja dari nifas kita dah boleh mandi hadas besar dan boleh menunaikan solat seperti biasa..lepas solat sarung la stokin balik kan?begitu juga dengan puasa…kalau dah bersih dari nifas boleh la berpuasa. Makcik pun bukan lah arif dalam hal agama ni..cuma perkara wajib seperti solat dan puasa ni takkan nak ambil mudah dengan syarat asih dalam tempoh berpantang 44 hari.lagipun solat dan puasa tidak menjejaskan aktiviti pantang…rahim takkan terturun punyer kalau rukuk ke sujud ke…

balik pada soal menyusu badan ketika berpuasa, hmmpp..waktu sahur tu kita ambil la makanan berkhasiat cth: Kurma juga boleh mambantu. Kismis, lobak putih, peria, betik dapat membantu banyakkan susu dan mcm-mcm lagi la sumber yg senang sangat kita perolehi, InsyaAllah, Allah akan membantu umatnya. Dun worry!

February 27th, 2009

Sempena di hari penghulu segala hari ni…gue nak share pasal ibadah sikit la dgn readers semua…tp nak kata ariff sgt tu tak la…kalau ada sesapa nak tambahkan lagi entri gue..sila tambah di ruangan komen dan kite boleh berdiskusi dan gue akan update komen komen tambahan dr readers semua…tq!

Cuma hari ni ada ceramah dr ustaz badli shah wat kat ofis gue ni..gue takleh gi sebab perut dah berbunyi bunyi dgn kondisi gue yg memerlukan makan dgn segera ni…jadi balik dr makan gue bertanya la pada kengkawan yg sempat meluangkan bersama mendengar ceramah tadi..topiknye berkenaan cara-cara kite nak kusyuk dalam solat…salah satunye solat subuh…bermula dengan subuh contoh pada tarikh hari ni…kalau kite tertinggal subuh tu..maknanya takde lagi la subuh pada tarikh 27hb ni…rugi kan?kite adalah antara org org yg tertinggal tren…lagi lagi gue ada dgr…salah satu caranye juge kite kene bayangkan yang solat masa tu adalah solat terakhir..kot kot lepas ni di ambil nyawa ke..dah tak dpt nak solat..org pulak solat kan kite…so masa teringat yg ni solat yg last…mesti kite betul betul kusyuk…

oh ya..adala lagi yg gue nak share cara nak kusyuk lam solat ni ialah menghafal makna surah surah lazim dan fatihah tu sendiri mmg wajib kan tau maknanya…dgn itu bila mulut kite kumat kamit membaca..hati membaca makna..semua urusan duniawi terus terpadam kat minda kite…

satu lagi ada cara..sebelum kita angkat takbir nak solat tu..baca surah An-Nas…kan dia menggelakkan dr perasaan was-was dan gangguan syaitan..hah boleh la..setan ni mmg suka berbisik time kite solat..lagi satu menguap..time solat la nak menguap…lepas solat boleh pulak tak menguap..pelik kan..semua keje setan….

ok ni je la tazkirah info yg tak berapa dr org yg tak berapa arif nak share…hopefully kalau ada salah sila korang betulkan..nanti gue updet semua…sorry lagikalau ada kesalahan spelling dan broken englishk at sini..gue sekolah tak tinggi!

irman Allah S.W.T yang di dalam Surah Al-Ankabut, ayat 45 bermaksud :

“Bahawasanya, sembahyang itu dapat mencegah perkara jahat dan mungkar.”

 

p/s: roziemah pun salah la uwekkK!!!!!tak malu!

October 16th, 2008

Beberapa hari sebelum nak raya hari tu, gue menerima beberapa emel di mana kita (mostly org pompuan lah) di tegah qada puasa serentak dengan puasa sunat 6 aidilfitri tu…beberapa tahun lepas gue biasa buat sebab sebelum ni takde pula yg kata tak boleh…sebelum gue buat serentak..gue selalu wat asing asing…since ada yg kata boleh buat serentak then gue pun buat la..serentak…senang..sebab nanti dlm bulan syawal datang lagi redline..tak sempat pula..awal-awal syawal confirm tak boleh dah gue berada di kampung dan sebok menziarahi rumah sedara mara kan…bila masuk keje ada dlm 2 minggu je syawal tinggal..kalau buat ganti dulu (ini seeloknya gue rasa ganti dulu puasa tu baru kejar yg sunat 6) confirm gue tak dpt kejar yg sunat 6 tu kan?yerla confrim pastu red light balik…jadi kemusyikilan setiap hari timbul..gue jenuh surf tenet cari pasal ni…tanya org itu org ni berkenaan hal ni…berdiskusi bersama member sewaktu breakfast…ingatkan nak ajak si yatt sekali berpuasa..ada la geng…ooppss ni pun tujuan nak puasa ni belum di utarakan kat mr pres huhuh..sat na….bagi hilang dulu kebuntuan berkenaan hal ini…kadang timbul kat hati gue..kata islam tu mudah…ada tak sesapa leh terangkan kat gue yg tak tahu ni..apa maksud islam itu mudah? seriously pada awalnye gue mmg faham maksud mudah tu..tapi bila dah kes berbangkit seperti puasa sunat dan qada ni…gue rasa tersimpul mati pulak dengan istilah islam itu mudah…kalau ada yg kata kat gue..itu pun tak tau islam tu mudah..yes gue memang tak tau secara detail nak nak bila kes tu related dgn kes puasa sunat dan qada ni…ada sesiapa yg sudi terangkan kat gue pasal islam itu mudah please…ayat mcm bukan org islam kan….gue bukan nak ckp agama lain mudah…tolong gue kasi faham je…gue still islam yang ingin belajar…takdala di kata bodoh sombong nantikan…ok..ada beberapa hujah yg telah meleraikan kerunsingan gue seperti di bawah..gue bet..readers di luar sana turut merasai apa yg gue rasa kan?mari kita sama-sama belajar….

Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya’ dengan amalannya.

” kau , dah hari ker berapa dah?”

“aku dah 5 hari dah ni”

“esok aku raya (sunat syawal)”

Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini.

Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat ’sapa lebih hebat?’.

Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah.

Ziarah & Puasa Sunat

Saya tidak nafikan ada yang terpaksa memberitahu apabila ada rakan yang ajak makan dan menziarahi rumah rakan. Tatkala itu, ia tidaklah terkeji dan masing-masing bertanggung jawab menjaga niat dan hati masing-masing agar tidak timbul perasaan tersebut.

Puasa sunat ini juga tidak sewajarnya menjadi penghalang menerima jemputan rakan-rakan yang membuat rumah terbuka.

Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha

Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan.

Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih

“..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya…” (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)

Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.

Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).

Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.

Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.

Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW

” … barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda..” ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)

Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang’ ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.

hah ini isu paling besar sekali…cuba korang baca

Isu Gabung Sunat & Qadha

Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.

Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti’ itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid’ atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid’. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.

3. Tindakan A’isyah r.a yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka inilah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana Aisyah r.a tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut

Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya’ban” ( Riwayat Muslim, no 101)

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.

Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad ‘Aayish al-’Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW

“Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith

” Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)

Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).

Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.

Kesimpulan

Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);

Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

 

 

 

 

 

January 3rd, 2008

Buruk sangka kepada sesama Muslim adalah dosa. Larangan serupa juga terdapat pada ayat lain, antaranya:

“Dan syaitan telah menjadikan kamu memandang baik dalam hatimu persangkaan itu, dan kamu telah menyangka dengan sangkaan yang buruk dan kamu menjadi kaum yang binasa”.
(Al Fath: 12)

Dan menurut Ibnu Abbas RA: Ayat ini melarang mukmin berburuk sangka terhadap mukmin yang lain.

Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain.

Allah melarang mukmin mencari-cari rahsia orang lain, lalu didedahkan keburukan hasil intipan itu. Kita semestinya berpuas hati dengan tindak tanduk zahir dari seseorang. Lalu kita berikan pujian dan sanjungan sewajarnya terhadapnya ataupun sebaliknya mencela seseorang hendaklah berdasarkan amalan zahirnya umpamanya ia seorang yang melakukan maksiat secara terang terangan seperti pemabuk atau penjudi, bukan atas dasar apa yang tersembunyi.

Oleh sebab inilah kita dilarang keras memasuki rumah atau bilik orang lain tanpa izin dan kebenaran penghuninya.

Rasulullah SAW. bersabda: “Ada tiga perkara yang mesti ada pada umatku: Thiyarah (beranggapan sesuatu boleh membawa sial), hasad (dengki) dan suu’uzzan (buruk sangka).

Seorang sahabat bertanya: Ya Rasulallah, bagaimanakah caranya agar ketiga-tiga perkara itu dapat kami hindarkan? Lalu jawab baginda SAW.: Jika kamu ada perasaan dengki maka segeralah beristighfar (taubat) dan jika kamu berburuk sangka (pada seseorang) maka janganlah kamu selidiki atau mengintip intip dan jika kamu thiyarah maka hendaklah kamu teruskan (pekerjaan itu). (HR Thabarany dari Harits Bin Nu’man)

Dan janganlah sebahagian kamu menggunjing (mengumpat) sebahagian yang lain.

Maksudnya: Jangan hendaknya kita menyebut keburukan orang lain yang dia benci jika mengetahuinya. Larangan “menyebut” disini bukan hanya terbatas pada ucapan lisan tetapi juga termasuk dalam bentuk isyarat. Dan maksud “yang dia benci” disini mencakupi tentang agamanya, dunianya, akhlaknya, rupanya, hartanya, anaknya, isterinya, suaminya, khadamnya, pakaiannya, perhiasannya dan lain-lain.

Menurut Al Hasan: Mengumpat ada tiga bentuk, iaitu:

  1. Al Ghibah: Menyehut ke’aiban atau kecacatan seseorang yang ‘aib itu memang ada pada diri orang tersebut.
  2. Al Buhtan: Menyebut ke’aiban atau kekurangan seseorang yang ‘aib itu tidak ada pada orang itu (hanya direka-reka saja).
  3.  Al Ifk: Menyebut ke’aiban atau keburukan seseorang hasil daripada apa yang didengarnya melalui mulut orang lain.

Para ulama sependapat bahawa kesemua jenis mengumpat diatas adalah dosa besar (Al Kabaair). Selain mereka wajib taubat kepada Allah, mereka juga wajib memohon maaf kepada orang yang diumpat.

Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kami merasa jijik kepadanya.

Contoh Kes 1

Si A telah di tuduh mempunyai rancangan untuk mencerobohi kilang kosmetik untuk merosakkan bahan membuat alat-alat kosmetik tersebut. Sedangkan si A mempunyai rancangan yang sebaliknya jauh lagi murni dan tersimpang jauh daripada tuduhan yang di buat ke atas si A.

Contoh Kes 2

Si B telah dituduh melemparkan kata-kata kesat sewaktu memberi ucapan di sebuah perhimpunan sesuatu persatuan sedangkan si B memberi ucapan sambil berdakwah dan memberi kata-kata hikmah supaya hadirin yang mendengar menuju ke jalan yang benar.

Contoh Kes 3 

Si Polan telah dituduh membuat kenyataan palsu sewaktu sidang akhbar berlangsung satu masa dulu yang telah di ungkit oleh si penuduh sedangkan si polan tak pernah mengatakan apa yang si penuduh cuba untuk ungkitkan.

esungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

Maksudnya: Kemuliaan tidak semestinya ditentukan oleh jenis kelamin, warna kulit atau suku bangsa. Tetapi ia sangat ditentukan oleh ketaqwaan seseorang kepada Allah. Oleh itu kalaupun anda ingin berbangga maka berbanggalah dengan ” taqwa “.

January 3rd, 2008

“Kesungguhan dalam mencari rezeki yang telah dijamin oleh Allah akan mendapatkannya, dan mengurangi dari apa yang diwajibkan padamu, adalah termasuk sifat yang menunjukkan bashiroh (mata hati) yang tertutup.”

Sesuatu yang telah dijamin oleh Allah kepada seorang hamba adalah rezeki. Sesuatu yang dimintakan pertanggungjawaban oleh Allah adalah rezeki juga. Pertanggunganjawaban itu, tidak lain ialah menempatkan harta yang telah dianugerahkan Allah kepada para hamba ialah dengan menjadikan harta berfungsi ibadah. Dengan demikian setiap harta kekayaan yang dijamin oleh Allah kepada manusia, hendaklah berfungsi benar sebagai barang jaminan yang diberlakukan sebagai ibadah untuk kepentingan yang berfaedah bagi si pemilik dan bermanfaat pula bagi sesama hamba Allah.

Sebab harta yang menjadi jaminan itu akan ditarik kembali oleh Allah apabila harta itu tidak memberikan manfaat bagi agama, sesama hamba, dalam hubungannya dengan keagungan nama Allah Ta’ala. Jaminan itu, berarti Allah Swt adalah pemilik yang syah dari semua harta yang ada di tangan manusia. Allah Ta’ala akan ridho apabila rezeki Allah itu akan menghidupkan syariat, kesejahtraan para hamba Allah, dan tentu Allah akan murka apabila rezeki itu jatuh ke tempat maksiat.

Selain itu pengertian yang dapat diambil dari perkataan sungguh sungguh di atas, adalah menunjukan kemampuan yang cukup untuk mendapatkan rezeki yang telah ditebarkan Allah Ta’ala di muka bumi ini. Kesungguhan mendapat rezeki Allah itu menjadi suatu keharusan, bahkan bisa menjadi wajib apabila rezeki itu akan berguna bagi ibadah seorang hamba. Mencari rezeki Allah itu bagi manusia telah menjadi sunnatullah. Jaminan Allah atas rezeki manusia, sebagaimana Allah telah menjamin rezeki bagi seekor anak hewan yang baru lahir dan membiarkannya hidup, karena Allah telah menyediakannya rezeki. Demikian juga halnya binatang melata ketika lahir, mampu melangsungkan hidupnya karena jaminan Allah atas rezekinya masing masing. Sebagaimana Allah berfirman, “Tiada seekor binatang melata pun di muka bumi ini, melainkan telah dijamin oleh Allah rezekinya.”.

Dalam menuntut rezeki di dunia ini Allah tidak akan memaksa manusia agar mendapatkan harta yang berlimpah limpah. Manusia diberi kesempatan memenuhi keperluan hidupnya menurut kemampuan mereka masing masing. Yang diajarkan oleh Islam dalam masalah harta ialah agar manusia tidak bersikap berlebih lebihan. Kerana sikap ini akan membawa ketamakan. Sedangkan ketamakan akan menjurus kepada kerakusan dan aniaya. Sikap rakus dan aniaya itu akan membutakan mata hati manusia.

Orang mukmin ketika mencari rezeki dengan sungguh sungguh selalu memperhatikan pula cara ber-muamalah, sikap hati hati, serta mampu membezakan antara harta yang halal dan harta yang haram.

Jaminan yang telah diberi oleh Allah dalam hal rezeki ini seperti difirmankan dalam Al-Qur anul Karim, “Perintahlah keluargamu mendirikan solat, dan berlaku tabahlah menghadapi hidup. Tak perlu kamu bertanya soal rezeki.”

Karena Allah Ta’ala telah menjamin rezeki hamba hamba-Nya, maka kesungguhan hamba untuk berikhtiar dan memohon dari Allah sangat dituntut. Pemberian Allah kepada manusia sesuai dengan ketaatan manusia kepada Allah.

Seperti sudah dijelaskan di atas, bahwa kedudukan seorang hamba dalam kaitannya dengan rezeki yang diterimanya dari Allah, sangat erat dengan anugerah yang harus dijaganya. Rezeki sebagai pemberian Allah, haram untuk disia siakan, dan wajib untuk dimanfaatkan bagi agama Allah dan sesama hamba-nya.

Rezeki banyak kaitannya dengan persiapan manusia untuk berjumpa dengan Allah. Rezeki selain menjadi bekal hidup dunia, termasuk pula untuk bekal hidup di Akhirat. Apabila harta yang telah di-rezkikan kepada manusia dipergunakan untuk kepentingan agama dan amal soleh, seperti menginfakkan dan menzakatkannya. Allah Ta’ala berfirman dalam Al-Qur an “Berbekal bekallah kamu, maka sebaik baik bekal adalah menunjukkan ketakwaan kepada Allah.”

Ketakwaan dalam harta, tidak lain adalah memberikan harta itu kepada hamba Allah yang berhak menerima. Karena dalam harta setiap muslim itu terkandung hak orang orang dhu’afa.

Image Hosting

January 2nd, 2008

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR…

1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur
disisi kita bukan dengan orang lain.

2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu
bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.

3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih
mempunyai pekerjaan.

4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.

5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu
dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada
pakaian untuk dipakai.

8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna
kita masih berupaya utk kerja kuat.

9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih
berupaya utk berjalan.

10.utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih
hidup untuk meneruskan hari tersebut…



“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita
dapat…dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada”

Sumber: Emel

Image Hosting

December 11th, 2007

Ketika Nabi Muhammad ditanya oleh isteri baginda
mengapakah baginda begitu kuat
dan banyak beribadat terutama solat sehingga bengkak
kaki baginda, jawapan yang diberikan ialah
“Salahkah aku ingin menjadi hamba yang bersyukur ?”.

Erti Syukur secara mudah ialah rasa berterima kasih
atau mengenang budi/jasa.

Ingat & lihat apa yang kita sudah dapat atau terima
dari Allah. Dapat hidup, dapat melihat, dapat dengar,
dapat rezeki dan terlalu banyak lagi.

Cara bersyukur atau berterima kasih atau mengenang
budi/jasa kepada Allah ialah dengan jadikan diri kita
orang yang bertaqwa (orang yang menjunjung perintah
Allah). Dan lazimkan memuji Allah dengan lisan dan di
dalam hati.

“Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada
binatang ternak itu dan juga beroleh minuman; maka
mengapa mereka tidak mahu bersyukur?”. Surah Yaasin:
73.

 ”Dan Allah mengurniakan kepada kamu pendengaran dan
penglihatan serta hati (akal fikiran),
tetapi sedikit antara kamu yang bersyukur.” Surah
As-Sajadah: 9

Banyak cara kita boleh bersyukur salah satunya dengan melihat kepada golongan yang kurang bernasib baik…apabila kita di timpa kesusahan…cuba renungkan pula orang yang lebih susah daripada kita…sekurang-kurangnya mereka masih lagi boleh bergembira dan mensyukuri nikmat yang diberikan ke atasnya.

Wallahualambissowap… yang baik datang daripada Allah S.w.t dan yang sebaliknya adalah datang dari kelemahan diri kita sendiri.

  • Gotcha!Facebooking Me!

  • ShoutBox

    Last Message 6 months, 2 weeks ago
    1 guest is online.
    • Info : Please, resolve the addition below before post any new comment...
    • MakCikPC : huhuhuh..comei erk ami?
    • amydaud : arissa yang comeiii....
    • MakCikPC : tu la diana, harap2 sampai ke besar la ammar tu jadi contoh yg baik untuk adik dia.
    • MakCikPC : fazsya, wak tu bz facebooking..cub a ko join facebook...
    • Diana@mama Adam : wah ammar sunnguh protect arissa itu .. leh jd bodyguard nieh ;-)
    • fazsya : comelnya arissa... knapa wak diam je? keluarga2u kenapa? xleh masuk pun...
    • MakCikPC : salam ramadhan juga diana
    • Diana@mama Adam : salam ramadhan buat caps & family ;-)
    • MakCikPC : huhuh testing berjaya dah tu....terima kasih...aha sepasang...lama lagi la nampaknya nak menambah
    • mamafif : tahniah cap...sepasang udahhh
    • zz : test
    • Fazsya : Tq, MakcikPC.. he he... Tahniah atas adik ammar gak? Kirim salam kat wak skali ye...
    • MakCikPC : ye eila..tu la..baru nak bgtau nih huhuh...aha tau eila dalam proses persiapan nak gi umrah..hopefully selamat semuanya ya!
    • eila : oit caps..tukar link ye..seb baik bgtau...neway eila nak p umrah bulan pose ni...
    • nik : CD coolababy dan CD crazymomy on sale..cepat-cepa t..
    • MakCikPC : heheh tak tau nak menghilang ke mana shu, aha anak-anak kite sebaya je kan..sesama girl n boy lak tu.. :D
    • shu : wah..lama tak masuk sini..ingatkan dah menghilang ke mana..rupe2 dah ada 2nd bb..anak kite ni..2 2 sebaya kan...emm tahniah and selamat menempuh hari2 berpantang..hehe ..
    • MakCikPC : mekasih hehehehehe
    • Ajoy : waaa... da ade new bebi laa.. congratz2.. ;)
    • TryMasak : jom tgk video masak-masak di «link» macam ni senang je nk masak!
    • Caps : 8-)
    • Caps : dah pindah hosting
    • Caps : dah 2 hari..hehehe tiada komen utk di delete ataupun approve...syok!
    • Caps : legaa..dah takde komen berhantu...best pulak main banned banned ip ni..kat blogger takleh wat!
    • Makcik Caps : hye shimez..syukur caps sihat je..tu la lama tak chat...YM takleh main dah..and u?
    • shiemz : hy caps..lama x chat ngan caps.. sihat ker? :D
    • Caps : uiks..sensed la peyut peyut ni huhuuh
    • liza : weh.. tayanglah gambar perut... nak nengok.... uwwaaaa...
    • CapsLock : sorry kak cuji, takdela..sebab caps takde psp..jadi tiada la game tu..
    • suzi : caps... game untuk psp takde ke?
    • CapsLock : ye ye...
    • liza : aku tuntut janji!!!
    • Guest_1966 : caps// game mane??? ko dah janji kan??? nangis ni...
    • BigG : Yo.. merry C from me
    • BigG : Yo.. merry C from me
  • Recent Comments