Erm..kejap tul masa berlalu kan?Makcik pun dah nak hampir sebulan bercuti ni…minggu depan genap le sebulan si Arissa tu…
Apabila bercerita tentang amalan berpantang dengan warga emas, makcik pun bagitau la tak lama lagi nak puasa InsyaAllah makcik sempat menunaikan puasa sulung itu nanti dan InsyaAllah berkat menyusu badan period takkan datang dan dapatla makcik puasa penuh, lalu wargaemas ini terus bertanya “eh dalam pantang boleh ke puasa?belum habis 44 hari lagi, tambahan pula menyusu badan..sian budak…susu tak sedap nanti”
Erm…rata-rata orang-orang zaman dulu kurang informasi berkenaan agama, takla semua, adala segelintir, kalau mereka berpantang dulu, 44 ari tu la mereka hanya menjaga badan, berdiang atas api, menjaga makan…solat, puasa?tak buat…malahan mandi wiladah pun mereka baru dengar kali ni.
beruntung kita hidup di zaman teknologi serba canggih, apa sahaja kemusykilan agama bole saje kita surf ,janji source kita tu dari source yg betul dan lengkap dengan nas nas tertentu.
Sebenarnye bagi makcik.pantang 44 ari tu tetap la berpantang tapi nifas kita tu bukan la sepanjang 44 hari tu kan?ada org 2 minggu dah habis dah, ada yang 3 minggu, bersih saja dari nifas kita dah boleh mandi hadas besar dan boleh menunaikan solat seperti biasa..lepas solat sarung la stokin balik kan?begitu juga dengan puasa…kalau dah bersih dari nifas boleh la berpuasa. Makcik pun bukan lah arif dalam hal agama ni..cuma perkara wajib seperti solat dan puasa ni takkan nak ambil mudah dengan syarat asih dalam tempoh berpantang 44 hari.lagipun solat dan puasa tidak menjejaskan aktiviti pantang…rahim takkan terturun punyer kalau rukuk ke sujud ke…
balik pada soal menyusu badan ketika berpuasa, hmmpp..waktu sahur tu kita ambil la makanan berkhasiat cth: Kurma juga boleh mambantu. Kismis, lobak putih, peria, betik dapat membantu banyakkan susu dan mcm-mcm lagi la sumber yg senang sangat kita perolehi, InsyaAllah, Allah akan membantu umatnya. Dun worry!


